MEDIA PROJEK IQRA`

Sukarelawan Pakar Shopping Raya 2014


SISTEM PENDAFTARAN SUKARELAWAN PAKAR SHOPPING RAYA 2014

camera-d-design-photographer-63969

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana berminat untuk menjadi Sukarelawan Pakar Shopping Raya 2014. Sila baca maklumat dibawah ini sebelum anda mula mendaftar.

APA ITU SHOPPING RAYA 2014?

  • Ia sebuah program yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang agama, kaum, bangsa dll untuk memberi peluang merasai nikmat bersukarelawan samada yang pertama kali mahupun yang sudah tegar.
  • Ia sebuah program yang dikendalikan oleh Projek Iqra’
  • Ia akan dijalankan di 8 buah rumah kebajikan / kampung di Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

APA SYARAT UNTUK MENJADI SUKARELAWAN PAKAR SHOPPING RAYA 2014?

  • Memiliki kenderaan sendiri
  • Berusia 15 tahun dan keatas
  • Sihat tubuh badan dan cergas untuk aktiviti bermula 8 pagi hingga selewatnya 1pm
  • 1-3 orang Sukarelawan Pakar akan diperlukan untuk setiap kategori dan lokasi
  • Bersedia untuk menyumbangkan masa, tenaga, minyak kereta dan tol
  • Membawa kamera sendiri
  • Ikhlas menjadi sukarelawan tanpa mengharapkan balasan material melainkan pahala dan bahagia

APA TUGAS SUKARELAWAN PAKAR SHOPPING RAYA 2014?

  • Hadir di rumah kebajikan sebelum jam 8.30 pagi. Sukarelawan yang hadir selepas taklimat bermula tidak dibenarkan menyertai
  • Menjalankan tugas kepakaran anda bermulanya sesi pendaftaran sehinggalah selesai acara Shopping Raya 2014
  • Menyerahkan salinan hasil kerja pakar anda kepada koordinator bertugas atau AJK Projek Iqra’ (foto / video)
  • Nama anda / nama syarikat dan website anda akan dipaparkan di website, Facebook dan YouTube sebagai penghargaan

KATEGORI SUKARELAWAN PAKAR SHOPPING RAYA 2014:

  • Fotografer (amatur dan professional dialukan)
  • Videografer (amatur dan professional dialukan)
  • Video Editor (tak perlu datang ke lokasi acara. Bersukarelawan dari rumah anda. Kami akan kirimkan foto/video untuk anda edit)

ATURCARA PROGRAM SHOPPING RAYA 2014:

7.30 AM : Berkumpul di rumah kebajikan berkenaan dan pendaftaran sukarelawan

8.00 AM: Ucapan aluan oleh pengetua rumah, koordinator Shopping Raya 2014 dan taklimat keselamatan

8.30 AM: Pembahagian sukarelawan kepada anak angkat dan sesi fotografi

9.00 AM: Sesi fotografi beramai-ramai

9.30 AM: Bergerak menuju ke pusat membeli-belah yang telah ditetapkan

1.30 PM: Setelah selesai membeli-belah, berkumpul semula di rumah kebajikan untuk sesi copy gambar atau video tersebut

PROSEDUR KESELAMATAN

Beberapa langkah keselamatan ketat akan dijalankan iaitu:

  • Semua sukarelawan wajib mengisi butiran diri yang lengkap dan tepat semasa mendaftar sebagai Sukarelawan Shopping Raya 2014 di borang online
  • Semua sukarelawan yang terpilih WAJIB membawa kad pengenalan sebenar, satu salinan kad pengenalan semasa mendaftar pada hari acara
  • Salinan kad pengenalan sukarelawan (sila fotostat sendiri) mesti diserahkan kepada pendaftar semasa pendaftaran dan akan dipulangkan semula semasa sukarelawan telah menghantar kembali anak angkat mereka ke rumah kebajikan dengan selamat
  • Sukarelawan yang berdaftar akan diberi tag khas dimana ia wajib dipakai di pergelangan tangan sepanjang waktu.
  • Sukarelawan dikehendaki menyerahkan salinan rakaman kepada petugas selepas habis bertugas

JADUAL DAN LOKASI SHOPPING RAYA 2014

5 JULAI 2014

  • Rumah Gemilang Adik, Sik, Kedah – Mydin Taman Saga, Alor Setar, Kedah (2 orang fotografer dan 2 orang videografer)
  • Rumah Khairiyah, Klang, Selangor – Mydin Klang* (2 orang fotografer dan 2 orang videografer)

6 JULAI 2014

  • Kg Sg Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang – Sunshine Shopping Mall* (1 orang videografer)
  • Rumah At-Taqwa Putra Perdana, Puchong, Selangor – Mydin USJ (2 orang videografer)

12 JULAI 2014

  • Casa Harapan, Kuantan, Pahang – Mydin Kuantan (1 orang fotografer dan 1 orang videografer)
  • Rumah Anak-Anak Yatim Dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah, Kuantanm Pahang  – Mydin Kuantan  (1 orang videografer dan 1 orang fotografer)
  • Pertubuhan Baitul Ehsan AlKhairi, Taman Maluri, Kuala Lumpur – Giant Hypermarket Ulu Klang (1 orang videografer)

13 JULAI 2014

  • Rumah Hashimiah, Selayang, Selangor – Mydin Selayang (2 orang videografer)

19 JULAI 2014

  • Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Semarak Nilai Negeri Sembilan – Mydin Seremban 2 (3 orang fotografer dan 3 orang videografer)

*Lokasi beli-belah akan dikemaskini

Sukarelawan mestilah bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh Projek Iqra’ dan mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap Projek Iqra’, rumah kebajikan dan pusat beli-belah yang terlibat di atas sebarang musibah ke atas diri sukarelawan sebelum, semasa dan selepas menyertai program ini.

Jika anda ingin menaja program Shopping Raya 2014 ini, sila ke https://www.projekiqra.com/cs_cause/shopping-raya-2014

Sudah baca dan fahamkan? Adakah anda bersetuju? Jika ya, boleh mula isi borang pertama dibawah ini. Borang pendaftaran akan menyusul didalam email anda nanti. Jika ada sebarang persoalan, ajukan di ruangan Leave A Reply dibawah ini. Dengan mengisi borang ini, anda telah bersetuju dengan semua syarat dan maklumat yang diberikan diatas.

 senarai-nama