MEDIA PROJEK IQRA`

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2013 & Penutup Shopping Raya 2013


Salam-Aidilfitri

 

Alhamdulillah Ramadhan tahun ini merakamkan kenangan manis buat tim Projek Iqra’ kerana berjaya merealisasikan amanah anda selaku penaja-penaja program Shopping Raya 2013.

Program pada tahun ini adalah yang terbaik pernah dijalankan berbanding program sama tahun-tahun sebelumnya.

Angka-angka pecah rekod yang dicapai pada tahun ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan yang tidak berbelah bagi oleh anda barisan penaja, andalah tulang belakang kepada program ini. 182 orang penaja individu ini adalah pemangkin untuk tim Projek Iqra memerah kudrat dalam memastikan amanah yang diberi ini dilaksanakan dengan sempurna. Dengan rasa budiman yang dimiliki oleh anda ini, sebanyak 324 anak yatim/fakir miskin dan asnaf zakat dapat membeli kelengkapan raya serba baru, manakala 30 orang ibu tunggal mendapat hamper makanan dan barang dapur menjelang Aidilfitri ini. Alhamdulillah, berlebih sumbangan yang masuk dapat kami sampaikan sumbangan RM50 seorang kepada 25 orang anak-anak Baitul Hayyah di Rawang, Selangor untuk membeli kasut raya bagi melengkapkan persiapan hari raya mereka.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana  begitu ramai para sukarelawan turun padang tanpa mendapat sebarang imbuhan malah perlu mengeluarkan pula belanja sendiri untuk datang bersama dengan kenderaan mereka membawa anak-anak daripada rumah kebajikan ini membeli keperluan hari raya di pasaraya terpilih. Jelas kelihatan keceriaan dan tawa gembira di wajah anak-anak ini kerana kemahuan mereka dipenuhi.

Jutaan terima kasih kepada:

  1. Sukarelawan di Rumah Gemilang Adik, Sik, Kedah (39 orang pelajar Tingkatan 4 dan guru MRSM Baling dan selebihnya sukarelawan orang ramai)
  2. Sukarelawan di Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur) – 56 orang sukarelawan
  3. Sukarelawan di Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana,  Puchong (Selangor) – 30 orang sukarelawan
  4. Sukarelawan di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan) – 40 orang
  5. Sukarelawan Badan Kebajikan Siti Khadijah, Kota Damansara, Selangor – 26 orang

Great Eastern Takaful
tnb

Pada tahun ini juga, Projek Iqra’ mula menerima penajaan korporat. Terima kasih Great Eastern Takaful dan juga TNB Cyberjaya & Putrajaya yang prihatin, sokongan dan kepercayaan organisasi korporat ini menjadi momentum untuk Projek Iqra’ bergerak lebih jauh dalam program-program kebajikannya pada masa hadapan.

Lebihan dana ini menjadikan pihak Projek Iqra’ berpeluang menaja lebih banyak rumah anak yatim pada tahun ini. Bilangan asal rumah anak yatim yang dirancang daripada 4 buah telah menjadi 6 buah pada saat-saat akhir. Begitu juga bilangan anak yatim dan ibu tunggal yang pada senarai awal sebanyak 266 orang penerima menjadi 324 orang penerima.

Projek Iqra’ sangat berbesar hati kerana Mydin, Tesco dan Giant memberi kerjasama yang amat baik bagi memudahkan program Shopping Raya 2013 dijalankan di premis mereka.

mydin

 

Jutaan terima kasih kepada pengurusan dan kakitangan MYDIN WHOLESALE HYPERMARKET TAMAN SAGA, ALOR SETAR yang menjadi lokasi Shopping Raya 2013 di Kedah dan MYDIN WHOLESALE HYPERMARKET SUBANG JAYA yang banyak memberi kerjasama yang sungguh baik kepada kami semasa menguruskan program ini. Mereka bukan sahaja memudahkan urusan Shopping Raya di premis Mydin, malah menyediakan staff untuk membantu, membuka kaunter khas untuk bayaran dan memberi diskaun bagi belian. Terima kasih, Mydin!

TESCO

Jutaan terima kasih juga kepada pengurusan Tesco Malaysia khususnya Tesco Nilai dan Tesco Ampang kerana membantu program Shopping Raya 2013 di premis mereka. Terima kasih kerana sudi menyediakan goodie bag dan kaunter khas bagi memudahkan pembayaran.

giant

Terima kasih tidak terhingga kepada Giant Hypermarket Kota Damansara khususnya Mr Jimmy yang sungguh mudah menerima permohonan kami untuk mengadakan Shopping Raya Kota Damansara disana, membuka kaunter khas dan menghadiahkan goodie bag kepada setiap anak-anak yang menyertai.

 

Astro-awani  radio

 

Istimewa tahun ini, Projek Iqra’ mendapat perhatian media termasuk bersiaran ke udara di Era.FM, Sinar FM, temubual di UFM 101.30 MHz, Sinar Harian dan Astro Awani. Pengamal media baru juga tidak ketinggalan apabila ramai blogger-blogger dan pengguna-pengguna laman sosial berkongsi cerita dan menguar-uarkan Shopping Raya 2013. Ramai yang mula menawarkan diri sebagai sukarelawan dari pelbagai aspek termasuk membawa anak-anak ini semasa program berlangsung, menjadi ko-ordinator, jurufoto,juruvideo, pereka grafik dan banyak lagi.

dbkl-dan-mps

Terima kasih tak terhingga kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Perbandaran Sepang kerana menaja khemah dan kerusi meja bagi kegunaan Shopping Raya 2013 di Rumah Baitul Ehsan dan Rumah At-Taqwa.

Jutaan terima kasih kepada blogger-blogger berikut kerana usaha anda menjadikan program ini lebih berjaya daripada yang dapat kami bayangkan sebelum ini:

  1. Broframestone.com
  2. Kujie2.com
  3. Peejburhan
  4. Ashra-Aulia
  5. Mercunpadi
  6. Xanahanami
  7. Rider Sejati
  8. Blogger Perak
  9. Comatosewithbraindamage
  10. Sharingiscaring-fiza
  11. Resepi Biskut
  12. GuaBlog
  13. hafizmohd.com
  14. Gempak Network Media Malaysia
  15. wanzuha
  16. MulawaFashion.com
  17. Bwitme
  18. Pemikiran Is150
  19. Nurrcahaya
  20. bla-bla-blub-blub
  21. muhammadaleyafandi
  22. mujadafewa
  23. norafesa
  24. rai-raihannah
  25. says.com
  26. arianamemorabilia
  27. ninazee
  28. Zon Aktiviti Sinar

Jemput baca catatan pengalaman blogger-blogger yang menyertai sebagai sukarelawan:

  1. Analiju2806
  2. Khazz Bakery
  3. Noktahhitam.com
  4. Aisyahrozi

Tidak dapat kami sempurnakan kenangan program ini tanpa bantuan sukarelawan fotografer dan videografer iaitu Muhammad Ihsan (LensaHati), Khairi, Siti Nor Adnien, Amin Abid, Nur Amirah Khadijah, Huzairie Majid, Kamarul Black Lens Production, Mohd Nor Tokey Diy Idea Lensa Production, Muhammad Abi Sarwan Ahmad Masahmad.my, Snapt Pixel Photography, Rosli bin Shahril, Hafiz Bin Ismail Lensa Wow Sdn Bhd, Amelia Nasser Photobumper dan 2 pelajar MRSM Baling yang menjadi sukarelawan fotografer iaitu Muhd Afiq Aiman B. Mohd Nasli dan Muhd Harith Shah Bin Rosman.

Mana mungkin kami lupakan kepada syarikat-syarikat yang membantu kami dalam bentuk memberikan harga cetak pada harga kebajikan dan menaja biskut-biskut raya yang menjadi cenderahati kepada semua sukarelawan dan anak-anak di Puchong, KL, Kota Damansara dan Nilai. Terima kasih:

  1. Heart And Sparks kerana mencetak sticker kereta, brochure, menaja cenderahati dan biskut raya serta membantu kami membungkus semuanya pada malam terakhir program di pejabat mereka. Hanya Allah mampu membalasnya
  2. Zairaidrisdotcom – mencetak buku resit dan sampul raya edisi khas Projek Iqra’
  3. Tyaz Global Sdn Bhd – menjahit vest rasmi Projek Iqra’ yang akan mula dipakai dalam program-program akan datang

Tak dilupakan koordinator-koordinator yang membantu kelancaran operasi Shopping Raya 2013 kerana tanpa mereka, kami akan lebih pengsan dari biasa. Mereka ialah:

  1. Ray (di Rumah Gemilang Adik & Baitul Ehsan)
  2. Adam Lum (di Baitul Ehsan)
  3. Rfan Putra & kawan-kawan (di Rumah Anak Yatim Semarak)
  4. Hani Husin (di Rumah Anak Yatim Semarak)
  5. Azizi

Melihat sambutan yang menggalakkan ini, Projek Iqra’ konsisten untuk meneruskan program-program pendidikan dan kemahiran untuk anak yatim/fakir miskin/asnaf zakat pada masa akan datang.

Projek Iqra’ juga sedang komited mengumpulkan indvidu yang berminat untuk menaja dana simpanan pendidikan anak-anak yatim ini melalui program TABUNG PENDIDIKAN IQRA’. Sedia maklum anak-anak ini sama seperti anak-anak anda yang memerlukan sumber kewangan untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi. Apatah lagi pada usia 18 tahun anak-anak ini akan keluar dari rumah kebajikan yang mereka diami untuk memulakan hidup sendiri. Disinilah tabung ini berperanan membantu mereka mengejar apa yang mereka cita-citakan, samada melanjutkan pelajaran atau memulakan perniagaan.

Pihak kami sangat mengalu-alukan individu dan badan korporat yang berminat untuk turut serta dalam program-program amal Projek Iqra yang akan datang, samada sebagai sukarelawan atau penaja, dengan mendaftar di laman web rasmi dan laman facebook Projek Iqra. Semoga usaha murni ini akan terus mendapat sokongan semua pihak pada masa hadapan dan menjadi medan dalam membentuk masyarakat yang prihatin dan harmoni.

Akhir kalam, saya mewakili seluruh warga kerja Projek Iqra’ merakamkan sebanyak-banyak ucapan terima kasih dan penghargaan untuk semua yang terlibat dalam program Shopping Raya 2013 ini. Mohon dimaafkan untuk segala kekurangan dari pihak kami. Semoga kalian doakan kami sentiasa istiqamah dan sabar dalam meneruskan semangat hidup untuk memberi. Terima kasih dan wassalam.

Selamat Hari Raya Aidilfiti, Maaf Zahir Batin

Shopping Raya Rumah At-Taqwa Putra Perdana

Shopping Raya Rumah At-Taqwa Putra Perdana

Shopping Raya Projek Iqra' di Rumah Gemilang Adik, Sik, Kedah Shopping Raya Projek Iqra' Rumah Anak Yatim Semarak, Nilai, Negeri Sembilan Shopping Raya di Baitul Ehsan Shopping Raya Projek Iqra' di Badan Kebajikan Siti Khadijah

Baitul Hayyah

Baitul Hayyah

Muhammad Solleh Mahfoz
Pengerusi Projek Iqra’