MEDIA PROJEK IQRA`

Teh Tarik Session 2015


Alhamdulillah, sessi berkumpul, bertukar tukar fikiran dan merapatkan silaturrahim dikalangan team Projek Iqra’ dengan semua sukarelawan, penderma, blogger dan sebagainya pada : 14 FEB 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan Kuliah Masjid Al Azim, Jalan Pandan Mewah berjalan dengan lancarnya.

Program bermula pada pukul 10 pagi dengan kehadiran #sahabatiqra yang hadir sangat memberangsangkan. Buat pertama kalinya Newsletter Edisi Pertama 2015 di edarkan kepada yang hadir. InsyaAllah kepada #sahabatiqra yang lain kami akan pos ke rumah anda masing-masing 🙂

IMG_9731

Presentasi 1 oleh Pengasas Akademi I-Sina Puan Rahmalizah Ali
Tajuk : Asas Sistem Pendidikan : Pentingnya menyemai benih yang baik

Perkongsian yang di kongsikan Pn Lizah merupakan realiti yang amat menyesakkan jiwa & raga kerana hasil perkongsian Pn Lizah masih ada anak-anak yang masih tidak pandai membaca atau mengira dan statistik menunjukkan jumlahnya semakin meningkat. Jika tiada tindakan dari kalangan masyarakat, suatu hari nanti negara kita bakal di pimpin bukan kalangan orang yang sepatutnya memimpin. InsyaAllah usaha yang kami bersama lakukan akan dikembangkan oleh #sahabatiqra sendiri agar penerima manfaat akan bertambah. Jika anda ingin bersama membantu jangan tangguh niat anda dan lakukan SEKARANG!

252

Presentasi 2 oleh Naib Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Projek’ Iqra SeMalaysia
Saudari Sharifah Sharina Syed Aswad menyampai program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014 dan akan dijalankan pada tahun 2015. Mohon doa dari #sahabatiqra untuk kami terus iqtiqamah dan berjaya di masa hadapan.

298

Presentasi 3 oleh Bendahari Pertubuhan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia
Saudara Suhaimi Abdul Manan pula berkongsi bagaimana penggunaan dana-dana yang di terima dari orang awam dan pengurusan kewangan yang di jalankan oleh team Projek Iqra’. Jika #sahabatiqra ingin mengetahui dan melihat lebih dekat di jemput datang ke Pejabat kami di Taman Cahaya, Ampang berhampiran dengan Stesan LRT Cahaya.

310

Presentasi 4 oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia
Saudara Muhammad Solleh Mahfuz pula membuat  perkongsian  terakhir mengenai Tabung Pendidikan Iqra yang telah dijalannkan sejak tahun 2014.  Dengan bermula seramai 14 orang pelajar kini jumlah sudah bertambah dimana seramai 30 orang pelajar terpilih di taja setiap tahun untuk manfaat mereka tika umur sudah mencecah 18 tahun. Di ingatkan apabila umur meraka mencecah 18 tahun hasil simpanan tabung mereka ini dapat mereka gunakan untuk sambung belajar atau memulakan perniagaan. Teruskan memberi sokongan kepada Kempen Tabung Pendidikan Iqra ini #sahabatiqra.

318

Jutaan terima kasih kepada #sahabatiqra yang hadir ke Sessi Teh Tarik 2015 kali ini. Semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan dan mendapat berkat Illahi. Mohon maap dari kami jika ada kekurangan yang tidak dapat kami elakkan kerana kami juga manusia yang bisa melakukan kesilapan. Jika ada penambahbaikan untuk kemajuan dan kejayaan bersama boleh lah berkongsi bersama kami. Saudara/i boleh emailkan ke [email protected] 🙂

Semoga kita berjumpa lagi !

=========================================================================================

UNTUK PERHATIAN #SAHABATIQRA

1948202_929778420374543_3353763751813317032_n

Mari bantu kami

Mohon doa dari kawan kawan yg budiman utk mendoakan agar kami di Projek Iqra’ istiqamah dan amanah dalam menjalankan tanggungjawap serta lebih ramai penerima manfaat menerima manfaat daripada tajaan kawan kawan sekalian melalui program yg kami jalankan.

Sebar sebarkan | Share sharekan