MEDIA PROJEK IQRA`

Sukarelawan Shopping Raya 2014


SISTEM PENDAFTARAN SUKARELAWAN SHOPPING RAYA 2014

Logo-Shopingraya

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana berminat untuk menjadi Sukarelawan Shopping Raya 2014. Sila baca maklumat dibawah ini sebelum anda mula mendaftar.

APA ITU SHOPPING RAYA 2014?

  • Ia sebuah program yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang agama, kaum, bangsa dll untuk memberi peluang merasai nikmat bersukarelawan samada yang pertama kali mahupun yang sudah tegar.
  • Ia sebuah program yang dikendalikan oleh Projek Iqra’
  • Ia akan dijalankan di 8 buah rumah kebajikan / kampung di Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

APA SYARAT UNTUK MENJADI SUKARELAWAN SHOPPING RAYA 2014?

  • Memiliki kenderaan sendiri
  • Sihat tubuh badan dan cergas untuk aktiviti membeli-belah selama 2-3 jam
  • 2 orang dewasa dalam satu kenderaan (Pilot dan Co-Pilot)
  • Pilot mestilah berusia 20 tahun keatas manakala Co-Pilot berusia PALING MUDA 15 tahun dan KEATAS
  • Bersedia untuk menyumbangkan masa, tenaga, minyak kereta dan tol
  • Sukakan kanak-kanak dan remaja
  • Ikhlas menjadi sukarelawan tanpa mengharapkan balasan material melainkan pahala dan bahagia

APA TUGAS SUKARELAWAN SHOPPING RAYA 2014?

  • Hadir di rumah kebajikan yang anda pilih sebelum jam 8.30 pagi. Sukarelawan yang hadir selepas taklimat bermula tidak dibenarkan menyertai
  • Setiap kereta (2 sukarelawan dewasa) akan diberi tugasan menjaga 2 orang adik angkat sepanjang program
  • Membawa adik-adik dari rumah kebajikan ke pusat membeli-belah yang telah ditetapkan dengan menaiki kenderaan anda sendiri
  • Membantu mereka memilih apa sahaja barangan yang mereka mahu (pakaian, kasut dll)
  • Menjaga keselamatan adik-adik anda sepanjang program
  • Menghantar mereka pulang semula ke rumah kebajikan selepas habis program
  • Wang belanja untuk adik-adik ini membeli-belah akan diberikan oleh Projek Iqra’ melalui tajaan syarikat dan orang ramai
  • Jika anda ingin menjadi Sukarelawan Pakar (fotografer / videografer / video editor), sila daftar di ruang khas Sukarelawan Pakar

ATURCARA PROGRAM SHOPPING RAYA 2014:

7.30 AM : Berkumpul di rumah kebajikan berkenaan dan pendaftaran sukarelawan

8.00 AM: Ucapan aluan oleh pengetua rumah, koordinator Shopping Raya 2014 dan taklimat keselamatan

8.30 AM: Pembahagian sukarelawan kepada anak angkat dan sesi fotografi

9.00 AM: Sesi fotografi beramai-ramai

9.30 AM: Bergerak menuju ke pusat membeli-belah yang telah ditetapkan

1.30 PM: Setelah selesai membeli-belah, boleh terus hantar pulang ke rumah kebajikan dan bersurai tanpa menunggu. Semasa menghantar anak angkat pulang ke rumah kebajikan, ada sukarelawan atau pengurus rumah yang akan meminta anda menandatangani borang yang disediakan

PROSEDUR KESELAMATAN

Bagi memastikan keselamatan adik-adik di rumah kebajikan ini terjamin, beberapa langkah keselamatan ketat akan dijalankan iaitu:

  • Semua sukarelawan wajib mengisi butiran diri yang lengkap dan tepat semasa mendaftar sebagai Sukarelawan Shopping Raya 2014 di borang online
  • Semua sukarelawan yang terpilih WAJIB membawa kad pengenalan sebenar dan satu salinan kad pengenalan semasa mendaftar pada hari acara
  • Salinan kad pengenalan sukarelawan (sila fotostat sendiri) mesti diserahkan kepada pendaftar semasa pendaftaran dan akan dipulangkan semula semasa sukarelawan telah menghantar kembali anak angkat mereka ke rumah kebajikan dengan selamat
  • Sukarelawan dan anak angkat akan diambil gambar sebelum bergerak ke pusat beli-belah
  • Pasukan pemantau akan membuat rondaan disekitar pusat beli-belah untuk memastikan sukarelawan dan anak angkat tidak keluar daripada kawasan yang dibenarkan
  • Sukarelawan yang berdaftar akan diberi tag khas dimana ia wajib dipakai di pergelangan tangan sepanjang waktu.

JADUAL DAN LOKASI SHOPPING RAYA 2014

5 JULAI 2014

  • Rumah Gemilang Adik, Sik, Kedah – Mydin Taman Saga, Alor Setar, Kedah
  • Rumah Khairiyah, Klang, Selangor – Mydin Klang*

6 JULAI 2014

  • Kg Sg Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang – Sunshine Bertam Shopping Mall = SUDAH PENUH
  • Rumah At-Taqwa Putra Perdana, Puchong, Selangor – Mydin USJ = SUDAH PENUH

12 JULAI 2014

  • Casa Harapan, Kuantan, Pahang – Mydin Kuantan = SUDAH PENUH
  • Rumah Anak-Anak Yatim Dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah, Kuantan, Pahang  – Mydin Kuantan SUDAH PENUH
  • Pertubuhan Baitul Ehsan AlKhairi, Taman Maluri, Kuala Lumpur – Giant Hypermarket Ulu Klang = SUDAH PENUH

13 JULAI 2014

  • Rumah Hashimiah, Selayang, Selangor – Mydin Selayang = SUDAH PENUH

19 JULAI 2014

  • Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Semarak Nilai Negeri Sembilan – Mydin Seremban 2 = SUDAH PENUH

Sukarelawan mestilah bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh Projek Iqra’ dan mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap Projek Iqra’, rumah kebajikan dan pusat beli-belah yang terlibat di atas sebarang musibah ke atas diri sukarelawan sebelum, semasa dan selepas menyertai program ini.

Jika anda ingin menaja program Shopping Raya 2014 ini, sila ke https://www.projekiqra.com/cs_cause/shopping-raya-2014

Tutorial-Pendaftaran

faq

Pakar

senarai-nama

Sudah baca dan fahamkan? Adakah anda bersetuju? Jika Ya, boleh mula isi borang pertama dibawah ini. Borang pendaftaran akan menyusul didalam email anda nanti. Jika ada sebarang persoalan, ajukan di ruangan Leave A Reply dibawah ini. Dengan mengisi borang ini, anda telah bersetuju dengan semua syarat dan maklumat yang diberikan diatas.