MEDIA PROJEK IQRA`

Perjumpaan Sukarelawan Johor Bharu


Sukarelawan JB

Insya’ Allah pada hari Sabtu ini selepas Zohor, team JB akan mengadakan perjumpaan pertama dengan orang-orang Johor Bharu yang berminat untuk bersukarelawan. Tujuan perjumpaan ini untuk berkenalan dan berbincang idea untuk menjalankan #kelasrakyat yang pertama di Johor Bharu, insya’ Allah.

Peluang menyertai sebagai sukarelawan terbuka kepada semua warga JB tak kira bangsa, agama, latarbelakang pendidikan dan berusia seawal 15 tahun sudah boleh menyertai. Tiada paksaan, tiada ikatan. Mesti hadir atas kerelaan diri sendiri yang mahu memajukan pendidikan anak-anak di sebuah rumah kebajikan di JB.

Jika berminat, sila hubungi saudari Fatin di 011-1214 3478 (Call /SMS/Whatsapp) atau hubungi beliau di FB https://www.facebook.com/fatinatiqah91

Ayuh warga JB. Jangan malu jangan segan. Buat baik, apa nak malu dan segan ye dak

Kita tengok sejauh mana minat dan semangat orang JB pula. Setakat ni di KL, Selangor dan Kuantan sudah terbukti. Kita kasi gegar JB lah!