MEDIA PROJEK IQRA`

LAPORAN PROGRAM KELAS RAKYAT 2015- Minggu 3 (Attaqwa)


LAPORAN PROGRAM KELAS RAKYAT 2015- Minggu 3
TARIKH : 15 Februari 2015 (Kelas)
16-17 Februari 2015 (Prep)

TEMPAT : RUMAH ATTAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG, SELANGOR (http://bitly.com/krputraperdana)

Koordinator : Ain (013 5901105) / Sarah (019 2565671)

Alhamdulillah, koordinator Ain & Sarah berjaya mengetuai Kelas Rakyat 2015 di Rumah Attaqwa Putra Perdana Puchong untuk minggu ke-3 ini. Seramai 60 orang adik-adik Rumah Attaqwa yang berdaftar dengan Rumah Kebajikan hadir untuk belajar bersama abang & kakak . Modul yang digunakan adalah Matematik I-Sina & English I-Sina. Sejam pertama dan ke-2 di gunakan dengan manfaatnya menggunakan modul I-sina dibantu abang kakak sukarelawan sebelum jam terakhir aktiviti  latihan dalam kumpulan yang di buat bersama sukarelawan lain.

Adik-adik di bahagikan kepada 6 kumpulan di mana setiap kumpulan di minta melukis gabungan 3 ekor haiwan dengan memberi nama dan kelebihan binatang yang di reka itu. Adik-adik hanya diberi masa selama 20 minit untuk menyiapkan tugasan dan di arahkan untuk membuat pembentangan di hadapan rakan-rakan lain. Alhamdulillah dengan bantuan sukarelawan setiap kumpulan mereka berjaya melakukan tugasan yang diberi.

ldk ldk1 ldk2 ldk3

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada sukarelawan Projek Iqra’ yang sudi meluangkan masa 3 jam mereka pada hari Ahad untuk bersama-sama membantu mengajar adik-adik Attaqwa ini :

1. Siti Khadijah bt Yusof
2. Zubaidah Md Nor
3. Nurul Bahirah Mohd Shariff
4. Mohd Siddiq Afham b Pauzi
5. Nurul Atikah Omar Amiah
6. Syazwani bt Mohd Rosli
7. Nur Aini Mat Zaki
8. Alwi Hamed
9. Nurul Huda binti Abd Aziz
10.Rashidi Ab Rahman
11.Noraini binti Omar
12.Nik Nur Syafiqah N.A Rahman
13.Mursyidah Ab Ghani
14.Nur Aisyah Jamaludin
15.Mohd Fahmi Hassan
16.Areej Taufik

==================================================================================================================================================

==================================================================================================================================================

PREP MALAM

Demi memastikan keberkesanan program Kelas Rakyat kepada anak-anak di Rumah At-Taqwa, prep malam yang mula diperkenalkan pada semester 2 (2014) telah diteruskan lagi pada tahun 2015 ini. Untuk pengetahuan prep malam di jalankan setiap hari isnin- rabu dari pukul 8.00-10.00 malam membantu adik-adik menyiapkan kerja sekolah mereka.

Terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan berikut yang telah datang hadir diantara hari isnin, selasa dan rabu di Prep Malam iaitu ;

1. Jamaluddin HishamSudi
2. Siti Asmah bt Che Harun
3. Nur Ain Nordin
4. Umie Saidatul Arryennah
5. Faizal Tauhir
6. Nur Mazwin Ismail
7. Noraini bt Omar
8. Muhd Amir Faiz
9. Khairul Fauzi bin Saadon
10. Suhaimi Ab Manan
11. Faizura bt Mohd Razif
12. Nur Yana Abdullah

Terima Kasih kepada semua penaja. Tajaan masih dibuka untuk kelas yang akan datang.

INFO :

Kelas Rakyat 2015 iaitu satu program pendidikan yang berlangsung secara mingguan dirumah kebajikan yang terpilih selama 5 bulan.

Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh orang awam.

Untuk menaja sila ke http://bitly.com/kelasrakyat2015

Semoga segala urusan tuan/puan dipermudahkan sentiasa 🙂