MEDIA PROJEK IQRA`

Laporan Program Changemaker 2014


Pada 17, 18 & 19 Oktober 2014 seramai 20 orang sukarelawan Projek iqra’ telah di pilih menyertai Program Changemaker 2014 yang diadakan di Resort Agrotek, Hulu Langat Selangor anjuran Projek Iqra’. Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini adalah untuk membina terus minat bersukarelawan dan mengukuhkan ikatan antara sukarelawan dengan Team Projek Iqra’

Antara tujuan penganjuran program ini untuk memberi ruang dan peluang kepada sukarelawan berkongsi idea dan memperkenalkan beberapa program Projek iqra’ yang bakal dijalankan pada tahun 2015. Pelbagai penambahbaikan yang telah di kongsikan oleh para sukarelawan di dalam slot program ini. InsyaAllah segala perkongsian yang telah di berikan akan kami ambil tindakan pada masa hadapan.

Selain itu, Team Projek Iqra’ juga telah menjemput saudara Nazirul Haziq yang merupakan Co-founder Outbox Malaysia dan AhmedFani (nama pena) pelukis Komik Abu Nuwas untuk berkongsi pengalaman mereka di dalam bidang kepakaran msing-masing. Alhamdulillah setiap perkongsian yang telah diberi akan menjadi  dan memberi idea kepada para sukarelawan untuk menjadikan dunia ini lebih baik dalam menyebarkan kebaikan.

Pada akhir pengisian program, kami telah lontarkan cabaran kepada sukarelawan untuk menjalankan suatu program sesama mereka dan akan dijalankan pada tahun 2015. Doakan mereka Berjaya dan dapat melaksanakan progam yang di rancangkan!