MEDIA PROJEK IQRA`

Laporan Kelas Rakyat 2015 – Minggu 2 (Casa Harapan)


LAPORAN PROGRAM KELAS RAKYAT 2015- Minggu 2
TARIKH : 15 Februari 2015 || 9 AM – 12PM (Kelas)

TEMPAT : RUMAH CASA HARAPAN, KUANTAN (http://bitly.com/krcasaharapan)

Koordinatoor : Zarul Haslil Jalinu (019-9804000) | Mohd Hafasdzillah Jusoh

Kelas rakyat bermula dengan penggunaan matematik dan bahasa Inggeris yang disediakan oleh Akademi I-sina . Anak-anak di Casa Harapan Kuantan di bahagikan mengikut tahap kemampuan pembelajaran masing-masing. Saudara zarul telah membahagikan juga sukarelawan kepada anak-anak yang akan di beri bantuan mengajar kepada mereka.

1 2 3 4 5 6 7

Anak anak teruja dan bersemangat untuk meneruskan kelas ini lebih lebih-lagi dengan kehadiran abang dan kakak sukarelawan yang lama mahupun yang baharu menyertai kelas rakyat kali ini. Jutaan terima kasih kepada kesemua sukarelawan berikut kerana menjayakan kelas pada kali ini.

sukarelawan

1. Norliza Mohamad
2. Norhanisa Mohamad
3. Nurul Zati Syaida Abdul Mujib
4. Muhammad Nazmi Abdul Majid
5. Wan Nursyafiqah Wan Mohd Azmi
6. Anis Shahirah Rosman
7. Mohamad Fikri Azman
8. Wan Nursyuhadah Wan Mohd Azmi
9. Muhamad Faiz Mohamed Fauzi

Semoga mereka terus berusaha dan kita terus istiqamah membantu dan membimbing mereka . Insha ALLAH.

Jutaan Terima Kasih juga kepada semua penaja. Tajaan masih dibuka untuk kelas yang akan datang.

INFO :

Kelas Rakyat 2015 iaitu satu program pendidikan yang berlangsung secara mingguan dirumah kebajikan yang terpilih selama 5 bulan.

Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh orang awam.

Untuk menaja sila ke http://bitly.com/kelasrakyat2015

Semoga segala urusan tuan/puan dipermudahkan sentiasa 🙂