MEDIA PROJEK IQRA`

Kursus iSina Sukarelawan Kelas Rakyat


LAPORAN PROGRAM

Kursus Modul I-Sina ( Matematik & Bahasa Inggeris) untuk Sukarelawan Kelas Rakyat Semester 2
TARIKH : 13 September 2014
Masa     :     9 Pagi – 5 petang
Lokasi     :     Akademi I-Sina , Kg Kerdas, Gombak Setia, Kuala Lumpur

 

Akademi i-Sina merupakan sebuah pusat bimbingan akademik yang memberikan pendidikan percuma kepada anak-anak fakir miskin sekitar Gombak yang lemah dalam penguasaan dan pembelajarannya untuk subjek matematik dan bahasa inggeris.

Bagi menjadikan Kelas Rakyat terus memberi manfaat kepada pelajar dengan lebih EFEKTIF, penambahbaikan program adalah menerusi penggunaan modul lembaran kerja I-Sina dalam kelas.

Modul I-Sina yang digunakan ini akan memudahkan dan membantu para sukarelawan semasa mengajar kerana modul I-sina ini lebih sistematik dan terbukti berkesan memperbaiki tahap peguasaan pelajar (terutama yang sangat lemah) dalam Membaca, Matematik, English dan BM.

Untuk makluman, kursus ini telah memberi pendedahan kepada sukarelawan tentang teknik dan pendekatan yang paling berkesan untuk mengajar anak-anak di program Kelas Rakyat yang mula menggunakan modul i-Sina pada semester ini. Modul i-Sina juga mempunyai sistem tracking yang kemas dalam memastikan progress setiap anak dapat direkodkan.

Seramai 21 orang sukarelawan kelas rakyat telah hadir mengikuti kursus yang dianjurkan ini. Berikut adalah nama nama sukarelawan yang terlibat:-

  1. NOR HAYATI AB HAMID
  2. MOHAMAD ARIFF B DZOLKIPLE
  3. NOR HASNI BT ABD GHANI
  4. MUHAMMAD IZZUL NAIM
  5. SITI ALIAH KAMARUDIN
  6. ZHAFRAN PUTRA BIN YAZIT
  7. IRA FARHANA BT MOHD ISMAIL
  8. NUR AIN NORDIN
  9. SITI SARAH NOR ISAHAK
  10. MOHD SHAFIQ B ISMAIL
  11. MURSYIDAH BINTI AB GHANI
  12. NUR NADRAH JAAFAR
  13. JULIAH BTE ABDULLAH
  14. NURRAMIZAH FADZIL
  15. WAN SHAFIQ WAN ZAHIDI
  16. DALILA BT AMIR
  17. NUR SYIFA BINTI MOHD HAMZAH
  18. MOHD SIDDIQ AFHAM B MOHD PAUZI
  19. AMIR ZAKWAN BIN ABDUL MAJID
  20. SITI ZUNAIRAH ABD MALEE
  21. NOOR HAFINI BTE JOHARI

 

INFO :

Kelas Rakyat 2014 – Semester 2 adalah kesinambungan Kelas Rakyat 2014 Semester 1 iaitu satu program pendidikan yang berlangsung secara mingguan dirumah kebajikan yang terpilih selama 5 bulan terakhir tahun ini. Kelas Rakyat Semester 1 telah berjaya dijalankan dan berakhir pada bulan Julai  2014.

Kelas ini ditaja bersama oleh Rakan Muda, PUSPANITA KBS, iSina, Little Scientist serta orang awam.

Untuk menaja sila ke http://bitly.com/kelasrakyatsem2