MEDIA PROJEK IQRA`

Kelas Rakyat 2014 Semester 2 – Minggu 8


LAPORAN PROGRAM KELAS RAKYAT SEMESTER 2 – Minggu 8
TARIKH : 26 Oktober 2014 (Kelas)
20 & 21 Oktober 2014 (Prep)
TEMPAT : 1. RUMAH ATTAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG, SELANGOR
2. BAITUL EHSAN, BATU CAVES, SELANGOR
3. CASA HARAPAN, KUANTAN, PAHANG (2ND PILOT CLASS)

***

Program Kelas Rakyat Semester 2 untuk minggu ke lapan telah berjaya disempurnakan di Rumah At Taqwa Putra Perdana Puchong pada (26/10/2014). Kelas di Casa Harapan, Kuantan dan Rumah Baitul Ehsan Batu Caves, Gombak tidak dijalankan kerana anak-anak di sana terlibat dalam satu program luar.

Terima kasih kepada sukarelawan kelas rakyat berikut yang telah memperuntukan masa 3 jam pada hari tersebut untuk memberi pendidikan kepada anak-anak dirumah-rumah yang terlibat ini. Terima kasih juga di ucapkan kepada Saudari Sarah Isahak yang menjadi koordinator minggu ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Baitul Ehsan
At Taqwa
Casa Harapan
1. Sarah Isahak
2. Syazwani bt Mohd Rosli
3. Nur Hani Sharaf
4. Qarratul Nada
5. Nur Eizati bt Mohd Ali
6. Siti Sazwani Shahri
7. Khairul Azkar
8. Mohamad Zakwan
9. Mohamad Ariff b Dzolkiple
10. Rashidi Ab Rahman
11. Siti Khadijah bt Yusof
12. Siti Fairrah Ashyikin
13. Aiman Ali
14. Muhammad Hazman

 

PREP MALAM

Demi memastikan keberkesanan program Kelas Rakyat kepada anak-anak At Taqwa, prep malam yang mula diperkenalkan pada semester 2 ini telah mula diimplemen di Rumah At Taqwa Putra Perdana Puchong pada 01/09/2014. Untuk pengetahuan prep malam di jalankan setiap hari isnin- rabu dari pukul 8.00-10.00 malam.  Minggu lalu, prep malam juga telah berjalan seperti yang dirancang pada hari Isnin, Selasa (20-21 Oktober 2014) dan tiada kelas prep malam pada hari Rabu (22 /10/2014) sempena cuti Deepavali.

Terima kasih kepada sukarelawan berikut yang telah datang membantu di Prep Malam;

1. Mohd Fakhri Azizi
2. Siti Asmah bt Che Harun
3. Hanis Haziqah
4. Fais Taib
5. Nurulin Hafsya Yaacob
6. Sarah Isahak
7. Nurul Huda Ansor
8. Muahmmad Ariff Dzolkipli

Terima Kasih kepada semua penaja. Tajaan masih dibuka untuk kelas yang akan datang.

INFO :

Kelas Rakyat 2014 – Semester 2 adalah kesinambungan Kelas Rakyat 2014 Semester 1 iaitu satu program pendidikan yang berlangsung secara mingguan dirumah kebajikan yang terpilih selama 5 bulan terakhir tahun ini. Kelas Rakyat Semester 1 telah berjaya dijalankan dan berakhir pada bulan Julai  2014.

Kelas ini ditaja bersama oleh Rakan Muda, PUSPANITA KBS, iSina, Little Scientist dan orang awam.

Untuk menaja sila ke http://bitly.com/kelasrakyatsem2

Semoga segala urusan tuan/puan dipermudahkan sentiasa 🙂