MEDIA PROJEK IQRA`

Kelas Rakyat 2014 Semester 2 – Minggu 6


LAPORAN PROGRAM KELAS RAKYAT SEMESTER 2 – Minggu 6
TARIKH : 11 & 12 Oktober 2014 (Kelas)
7 & 8 Oktober 2014 (Prep)
TEMPAT : 1. RUMAH ATTAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG, SELANGOR
2. BAITUL EHSAN, BATU CAVES, SELANGOR
3. CASA HARAPAN, KUANTAN, PAHANG (2ND PILOT CLASS)

***

Program Kelas Rakyat Semester 2 untuk minggu ke enam telah berjaya disempurnakan di  Rumah Baitul Ehsan pada 11/10/2014 dan di Rumah At Taqwa Putra Perdana Puchong pada (12/10/2014). Kelas di Casa Harapan, Kuantan tidak dijalankan kerana anak-anak di sana terlibat dalam satu program luar bersama sukarelawan.

Terima kasih kepada sukarelawan kelas rakyat berikut yang telah memperuntukan masa 3 jam pada hari tersebut untuk memberi pendidikan kepada anak-anak dirumah-rumah yang terlibat ini.

 

Baitul Ehsan
At Taqwa
Casa Harapan
 1. Mursyidah binti Abdul Ghani 1. Nurul Atikah bt Omar Amiah
 2. Mohd Fakhri Azizi 2. Syazwani bt Mohd Rosli
 3. Siti NurBatrisya bt Mohd Riadz 3. Syaizulira
 4. Muhamad Zakwan bin M.Jufri 4. Nurramizah fadzil
 5. Mohd Izwan Sharif 5. Wan Muhammad Syafiq
 6. Nurul Atikah bt Omar Amiah 6.Nik Nur Syafiqah Nik Abd Rahman
 7. Siti Sarah Md Zahari 7.Mohamad Solleh Mahfoz
 8. Mohammad Afiq 8. Suhaimi Abdul Manan

 

PREP MALAM

Demi memastikan keberkesanan program Kelas Rakyat kepada anak-anak At Taqwa, prep malam yang mula diperkenalkan pada semester 2 ini telah mula diimplemen di Rumah At Taqwa Putra Perdana Puchong pada 01/09/2014. Untuk pengetahuan prep malam di jalankan setiap hari isnin- rabu dari pukul 8.00-10.00 malam.  Minggu lalu, prep malam juga telah berjalan seperti yang dirancang bermula Selasa dan Rabu (7-8 /10/2014) . Namun begitu prep tidak dapat dijalankan pada 6/10/2014 kerana cuti peristiwa sempena Perayaan Hari Raya Korban.

Terima kasih kepada sukarelawan berikut yang telah datang membantu di Prep Malam;

1. Khairul Azkar
2. Mohd Fakhri Azizi
3. Siti Asmah bt Che Harun
4. Hanis Haziqah
5. Zaris Mail Abdul Rahman
6. Norhayati
7. Nazirul Haziq

Terima Kasih kepada semua penaja. Tajaan masih dibuka untuk kelas yang akan datang.

INFO :

Kelas Rakyat 2014 – Semester 2 adalah kesinambungan Kelas Rakyat 2014 Semester 1 iaitu satu program pendidikan yang berlangsung secara mingguan dirumah kebajikan yang terpilih selama 5 bulan terakhir tahun ini. Kelas Rakyat Semester 1 telah berjaya dijalankan dan berakhir pada bulan Julai  2014.

Kelas ini ditaja bersama oleh Rakan Muda, PUSPANITA KBS, iSina, Little Scientist dan orang awam.

Untuk menaja sila ke http://bitly.com/kelasrakyatsem2