MEDIA PROJEK IQRA`

INFO : Kelas Rakyat di Masjid Al-Azim Taman Semarak 2, NILAI N9


Kelas Rakyat ialah program pendidikan bagi memberi peluang kepada orang ramai menjadi sukarelawan dan membantu adik-adik di rumah anak yatim / komuniti meningkatkan kualiti pendidikan mereka dengan bantuan modul i-Sina. Untuk menaja kos Kelas Rakyat, sila klik SINI.

jadual

klik untuk pembesaran gambar

Sesiapa pun boleh menjadi sukarelawan. Peralatan yang perlu dibawa oleh sukarelawan ialah alatulis. Pen warna merah untuk menanda latihan. Modul akan disediakan iaitu modul i-Sina.

KELAS LASKAR PELANGI SEMARAK merupakan sukarelawan yang di gerakkan oleh mahasiswa USIM dan penduduk sekitar untuk membantu anak-anak komuniti di kawasan Masjid Al-Azim Taman Semarak 2, Nilai untuk memantapkan asas membaca, menulis dan mengira mereka. Usaha murni dan keinginan sukarelawan untuk membantu mereka telah menjadikan mereka salah satu Rakan Kerjasama Strategik (RKS) Projek Iqra’.

Koordinator : Wafiy (013 660 6467) , Afiqah (019 206 2294)

 

Jadual waktu pembelajaran 3 jam tersebut di pecahkan kepada aktiviti seperti berikut :

9.00 pagi : Solat Dhuha berjemaah

9.30 pagi : Mengaji

10.00 pagi : Modul Isina ( Bahasa Melayu)

10.30 pagi : Berehat

11.00 pagi : Modul Isina ( English)

11.30 pagi : Modul Isina (math)

 

Kepada #sahabatiqra yang berminat untuk turut serta membantu anak-anak komuniti Nilai ini  boleh berhubung terus dengan koordinator atau Follow Pages KELAS LASKAR PELANGI SEMARAK. Semoga usaha murni ini akan berpanjangan serta di berkati dan mendapat bantuan dari semua pihak.

LOKASI #kelasrakyat : Masjid Al – Azim Taman Semarak Nilai

masjid

Taman Semarak 2, Negeri Sembilan

Taman Semarak

71800 Nilai

Negeri Sembilan, Malaysia