MEDIA PROJEK IQRA`

F.A.Q Shopping Raya 2014


faq

SOALAN-SOALAN LAZIM YANG DITANYA MENGENAI SHOPPING RAYA 2014 SELAIN YANG TELAH DISENARAIKAN DALAM PENERANGAN YANG DISEDIAKAN DI https://www.projekiqra.com/sukarelawan-shopping-raya-2014 :

SOALAN: Boleh saya dan isteri membawa bayi kami bersama-sama?

JAWAPAN: Tidak boleh kerana suasana tidak kondusif untuk keselesaan bayi dan kami mahu sukarelawan fokus menjaga keselamatan anak-anak yang akan mereka bawa sepanjang program nanti

SOALAN: Saya nak join tapi tiada kawan untuk menjadi co-pilot.

JAWAPAN: Co-Pilot tidak semestinya kawan. Adik-beradik, sepupu, jiran, rakan pejabat pun boleh diajak asalkan berusia lebih 15 tahun. Sekiranya anda memang takde langsung kawan, isi dahulu borang dan pada ruangan Co-Pilot isikan TIADA. Jika ada ruang untuk kami masukkan anda, kami akan masukkan. Anda akan masuk dalam senarai KIV

SOALAN: Kalau dah daftar tetapi tak datang, camne?

JAWAPAN: Maklumkan lebih awal. Seminggu awal supaya kami dapat cari pengganti. Atau sehari awal jika emergency. Jika tidak muncul tanpa notis. kami terpaksa blacklist nama anda dari menyertai program akan datang kerana tahun lepas pernah berlaku dan budak-budak yang sukarelawannya tak hadir menangis. Jadi, jangan guris hati anak-anak anugerah ini. Maklumkan kepada kami.

SOALAN: Bolehkah 2 orang Co-Pilot?

JAWAPAN: Bergantung kepada saiz kereta. Ini kerana pengalaman lepas, anak-anak ini akan terbaring tidur kepenatan sepanjang perjalanan pulang selepas shopping. Sebab itu kami mahu utamakan keselesaan mereka. Jika sangat perlu, sila maklumkan sebelum isi borang

SOALAN: Saya sudah daftar tapi hendak tukar lokasi

JAWAPAN: Hantarkan email ke [email protected]. Maklumkan nama penuh Pilot, lokasi yang didaftarkan dan lokasi baru yang nak dipilih. Setakat ini hampir semua lokasi telah penuh maka periksa dahulu lokasi yang anda mahu itu masih kosong atau tidak/

SOALAN: Berapa usia Co-Pilot yang dibenarkan?

JAWAPAN: Pilot perlu berusia 20 tahun ke atas memiliki lesen memandu yang sah manakala usia Co-Pilot minima 15 tahun dan ke atas.

SOALAN: Bagaimana prosedurnya jika pada hari acara, saya membawa kereta lain daripada kereta yang telah saya daftarkan sebelum ini?

JAWAPAN: Tiada masalah. Maklumkan kepada kaunter pendaftaran di lokasi tersebut. Petugas keselamatan akan memeriksa setiap kereta untuk memastikan kesahihan pendaftaran maklumat kereta dan empunya kereta pada hari acara nanti

SOALAN: Disaat akhir saya terpaksa menukar Co-Pilot. Bagaimana prosedurnya?

JAWAPAN: Hantarkan email ke [email protected] dan nyatakan nama Pilot, nama Co-Pilot yang baru serta lokasi yang anda daftar. Jika pertukaran dalam tempoh 24 jam sebelum acara, daftarkan Co-Pilot tersebut di kaunter pendaftaran tetapi ini jika benar pertukaran mengejut. Sebaiknya, emailkan lebih awal kerana ia mustahak untuk kami ketahui siapa Pilot, Co-Pilot dan hubungan antara kedua ini untuk kami pilih anak mana yang hendak kami beri anda jaga pada hari Shopping Raya tersebut.

SOALAN: Di saat akhir saya terpaksa tukar kereta daripada kereta yang saya daftarkan. Bagaimana?

JAWAPAN: Maklumkan maklumat baru kereta anda kepada petugas semasa pendaftaran.

SOALAN: Adakah terdapat perjumpaan atau maklumat sebelum program dijalankan?

JAWAPAN: Tiada perjumpaan secara fizikal. Namun satu sesi taklimat akan diberikan di Facebook sebelum bermulanya Ramadhan dan salinan taklimat akan dihantar melalui email kepada semua yang mendaftar.  Maka amatlah penting untuk anda sentiasa memantau Facebook Projek Iqra’ dalam tempoh minggu ini hingga giliran program anda untuk memastikan anda tidak ketinggalan maklumat. Segala alasan picisan seperti “saya tak sempat baca” atau “saya terlupa baca” tidak akan dilayan.

SOALAN: Boleh tak saya nak berbuka puasa dengan adik-adik ini?

JAWAPAN: Boleh bertanya pengetua semasa anda mendaftar nanti kerana kami tidak mengadakan majlis berbuka puasa namun jika anda ingin mengambil inisiatif sendiri, boleh bertanya sendiri dengan pengetua nanti.

 

 

DAFTAR