MEDIA PROJEK IQRA`

Program E-Treme Amal 4×4 [7,8 & 9 November 2014]


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, wakil team Projek Iqra’ saudara Khairul Anuar telah turut serta dalam misi Program “X-treme Amal 4×4” pada 7,8 & 9 November 2014 anjuran Muslim Volunteer Malaysia – [MVM] & AMAL 4×4 Malaysia yang memasuki perkampungan orang asli di Kuala Mu, Perak.

Projek Iqra’ merupakan salah satu penaja rasmi bagi Program E-treme Amal 4×4 ini.

Program ini telah melibatkan hampir 70 orang sukarelawan dari MVM & Amal 4×4 Malaysia yang juga menyediakan 20 buah kenderaan 4×4, dari Johor, Kuala Lumpur, dan Perak untuk memudahkan pergerakkan dan perjalanan kami semua ke Perkampungan Orang Asli Kuala Mu, Perak.

Bantuan dan sumbangan yang berikan oleh orang awan telah selamat disampaikan kepada keluarga dan anak-anak orang asli,

Bukan sahaja di kampung Kuala Mu bantuan dihantar,  tetapi kami telah menghantar bantuan kepada beberapa kampung orang asli sekitar yang lain. Hampir 10 kampung yang kami telah masuk dan menghantar bantuan. Alhamdulillah.

Terima Kasih sekali lagi kami ucapkan kepada MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA & AMAL 4×4 MALAYSIA yang memberi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman bersukarelawan di Perkampungan Orang Asli.

Semoga usaha murni ini akan berterusan dan mendapat sokongan dari orang ramai untuk kita semua terus menyampaikan dakwah dan bantuan 🙂

 

Credit Photo : Sukarelawan MVM , Pages FB Muslim Volunteer Malaysia & Pages FB Amal 4×4 Malaysia