MEDIA PROJEK IQRA`

Bengkel Bijak Belajar Kedah 2013


Nama Projek: Bengkel Bijak Belajar Bersama Anak Yatim Kedah
Tarikh Program: 23 Mac 2013
Penganjur: Projek Iqra’ dan Akademi Cikgu Fizi
Bilangan Peserta: 180 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima
Status Projek: DIBUKA

1.0 Pengenalan

Di Malaysia terdapat beberapa peperiksaan besar yang perlu diduduki oleh para pelajar. Antaranya Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (UPSR). Justeru, sebagai persediaan awal, pelajar perlu mengetahui teknik pembelajaran yang sebenarnya agar mereka dapat memanafaatkan masa dengan lebih berguna. Selain daripada itu, pelajar juga perlu diberi pendedahan awal akan teknik-teknik menjawab kertas soalan. Hal ini adalah perlu kerana pelajar perlu memahami lebih awal agar mereka dapat mengaplikasikannya dengan lebih kerap. Bak kata pepatah ”alah biasa tegal biasa”.

2.0 Matlatamat.

Membantu para pelajar yang menghuni rumah anak-anak yatim untuk memahirkan diri dalam teknik pembelajaran dan teknik menjawab soalan peperiksaan.

3.0 Objektif.

3.1 Melahirkan pelajar yang mahir dalam teknik pembelajaran pintar.
3.2 Memberi idea-idea baru kepada pelajar.
3.3 Membantu para pelajar berkongsi idea dan teknik yang baru.
3.4 Menggalakkan para pelajar berani tampil untuk memberikan idea baru yang lebih segar dan terkini.
3.5 Melahirkan golongan muda yang sudi tolong-menolong antara satu sama lain. pendidikan

4.0 Anjuran.

Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia

5.0 Tarikh, Tempat, Masa

Tarikh : 23 Mac 2013
Rasional : teknik belajar ini perlu diberi pendedahan lebih awal agar pelajar dapat mengaplikasikannya seawal mungkin.
Masa : Jam 9.00 pagi – Jam 5.00 petang
Tempat Rumah Bela Didik Ank-Anak Yatim Islam (BEDAYA) Kulim , Kedah.
6.0 Kaedah Perlaksanaan.

• Penghuni rumah anak yatim yang terpilih akan dibawa oleh pengurusan rumah anak yatim masing-masing ke dewan rumah anak yatim BEDAYA di Kulim. Program akan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang
• Fasilitator yang terlibat adalah merupakan mahasiswa/mahasiswi dari kawan negeri Kedah
• Team tenaga pengajar adalah dari Kuala Lumpur
• Sepanjang tempoh program, pelajar akan didedahkan dengan teknik pembelajaran berkesan dan juga motivasi diri.

Bedaya – Bela Didik Anak-Anak Yatim Islam, Kulim, Kedah

Bedaya – Bela Didik Anak-Anak Yatim Islam, Kulim, Kedah

 

7.0 Sasaran
Rumah anak yatim yang terlibat.
a) Bedaya – Bela Didik Anak-Anak Yatim Islam, Kulim, Kedah – 35 orang
b) Gemilang – Pusat Jagaan Asuhan dan Didikan Anak-Anak Yatim, Islam, Sik,
Kedah – 49 orang
c) Budi – Badan Usaha Didikan Anak-Anak Yatim, Yan, Kedah – 9 orang
d) Perajurit – Pusat Jagaan Pertubuhan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit
Malaysia, Kulim, Kedah. – 29 orang
e) Pelajar kurang berkemampuan Daerah Sik – 50 orang

Pelajar Anak-Anak Yatim Sekolah Menengah
Jumlah cadangan : 180 orang pelajar

8.0 Pendapatan dan Perbelanjaan

Makanan dan Minuman 200 orang x RM15.00 RM3000.00
(Minum pagi, makan tengah hari, Minum petang)
Makanan dan Minuman AJK RM 30 x 10 orang x 2 hari RM 600.00
File 180 file x RM 1.00 RM 180.00
Modul 180 orang x RM10.00 RM 1800.00
Bahan Bantu Mengajar RM 500.00
Elaun Fasilitator 10 orang x RM50.00 RM 500.00
Elaun Tenaga Pengajar 2 orang x RM 200.00 RM 400.00
Pengangkutan RM400 x 2 kereta RM 800.00
Tiket bus fasilitator 10 orang x RM50.00 RM 500.00
Buku 180 x RM30.00 RM 5400.00
(Buku Teknik Membuat Karangan Cemerlang dan Buku Motivasi. Cenderahati buat semua anak-anak yatim yang terlibat)
Penginapan RM200 x 4 bilik RM 800.00
Komunikasi (telefon dan fax) RM 300.00
Kotigensi RM 220.00
Total RM 15000.00

Lebihan tajaan Bengkel Bijak Belajar Darul Kifayah: (RM1743.42) – dibawa ke Bengkel Bijak Belajar Kedah 2013

TOTAL PENUH PENAJAAN YANG DIPERLUKAN: RM13,256.58

9.0 Tentatif Program

8.00 pg – 9.00 pg : Pendaftaran pelajar
9.00 pg – 10.30 pg : Ice breaking / Pembahagian kumpulan /
10.30 pg – 11.00 pg : Minum pagi
11.00 pg – 12.00 tgh hari : Modul 1 – Teknik Pembelajaran Berkesan
12.00 tgh hari – 1.00 ptg : Modul 1 – LDK
1.00 tgh hari – 2.00 ptg : Rehat, makan tengah hari , solat zohor
2.00 ptg – 3.30 ptg : Modul 2 – Teknik Pengurusan Masa
3.30ptg-4.30 ptg : Modul 2 – LDK
4.30 ptg – 5.00 ptg : Soal Jawab
5.00 ptg : Minum Petang / Bersurai
10.0 Penutup

Adalah diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini ia mampu meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam peperiksaan. Program kerjasama seperti ini adalah perlu sebagai satu bentuk uasahsama dalam menyemai elemen pembentukan pendidikan kepada anak bangsa. Semoga ilmu yang diberikan akan melahirkan pelajar yang cemerlang dengan adanya proses pembentukan ilmiah sejak dari awal bak kata pepatah ”Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.

Disediakan oleh,

Faizul Mohd Noh
Setiausaha Projek Iqra’

Berminat untuk sertai projek ini? Jika ya, lihat cara-caranya di SINI.