MEDIA PROJEK IQRA`

Laporan Bantuan Pasca Banjir – Projek Insan Kuantan


projekiqnsan

Pada 16, 17 & 18 lepas satu program bantuan mangsa-mangsa banjir telah berjaya dilaksanakan hasil inisiatif sukarelawan Projek Insan Kuantan bersama team Projek Iqra’. Beberapa barang keperluan diperlukan telah berjaya di kumpulkan di dua lokasi berbeza iaitu Rumah Perlindungan Casa Harapan & Pejabat Projek Iqra’. Hasil dari maklumat Tuan Raja Shamrin, kami berhajat memberi bantuan ke Kampung Manjor, Kuala Krai yang merupakan anatara tempat yang kurang mendapat bantuan kerana lokasi kampung yang sedikit ke dalam dari pekan atau bandar.

Antara Barang Sumbangan Orang Ramai

Antara Barang Sumbangan Orang Ramai

Antara sukarelawan yang memberi bantuan dalam membungkus barang-barang yang telah kami belikan untuk di sumbangkan ke mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana kesanggupan meluangkan masa & tenaga untuk memberikan bantuan membungkuskan barangan yang disumbangkan.

 

bungkus skali

Sukarelawan yang datang bantu

Untuk pengetahuan seramai 12 orang sukarelawan bantuan pasca banjir ini yang di anggotai team Projek Insan Kuantan, Projek Iqra’ dan Team 4×4 Raja Rimba Adventure bersatu dalam satu misi yang sama menghantar bantuan ke Kg Manjor,Kelantan.

January 17,2015 (Sabtu)

Lokasi pada hari pertama kami : Kg Lepan Meranti, Kg Karangan,Kg Manjor, Kg Slow Temiang, Kg Pemberiaan dan Kg Manik Urai Lama ; 6 buah kampung di Daerah Kuala Krai.

Misi kami yang membawa bekalan barangan asas seperti kuali,Minyak Masak, Set pinggan mangkuk berserta sudu dan sudip, jug serta cawan, kain pelikat dan batik, sejadah dan telekung, Tuala dan Pakaian dalam hasil sumbangan orang ramai telah kami gunakan dengan membeli barang dan bagi kepada penduduk kampung yang terlibat. Hasil sumbangan orang awam dan daripada rakan kenalan terdekat telah selamat diserahkan kepada penduduk melalui 9 orang sukarelawan dan 3 orang pilot dari Raja Rimba Adventure telah megkuti misi kemanusiaan ini..

Banyak perkara yang telah memberi impak yang sungguh besar kepada sukarelawan. Team sukarelawan kami sempat meyelami kepayahan dan berkongsi rasa bersama mangsa banjir ketika mereka masih dilanda banjir besar dan dalam proses untuk bangkit semula dalam meneruskan kehidupan mereka. Kepayahan dan ujian yang telah berlaku di negeri kelantan merupakan ujian kita bersama untuk membantu meraka disana.

January 18, 2015 (Ahad)

Pada hari ke-2 team sukarelawan ke Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai, Gua Musang untuk bersama sama Team Konvoi 4×4 Raja Rimba Adventure yang berkampung di SK Kuala Sungai. SK Kuala Sungai antara sekolah penempatan untuk mangsa banjir dan agak terjejas teruk di mana air naik menghampiri tingkat 3. Alhamdulillah sekolah sudah dibersihkan dan dicuci untuk keselesaan adik-adik mula belajar. Pengangkutan utama ke sekolah melalui sungai dan jalan raya menghala ke sekolah ini mengambil jarak sejauh 30km dalam untuk sampai sekolah.

Dihari pertama persekolahan di Minggu-2 mereka tetap ke sekolah dengan berpakaian biasa. Tiada ungkapan yang mampu di zahirkan kerana mereka terlalu kecil untuk memahami situasi. Adik-adik di sana tetap bersemangat menghadiri sekolah. Sukarelawan sempat bersama-sama membantu mengajar di kelas-kelas adik SK Kuala Sungai.

ALHAMDULILLAH . Ke semua bantuan sudah selamat kami sampaikan kepada penerima. Semoga sedikit sumbangan dan bantuan yang telah disalurkan menambahkan lagi kekuatan penduduk kampung yang terlibat. Kami team sukarelawan mendoakan semua mangsa-mangsa banjir terus tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Semoga bantuanbantuan akan tetap terus disalurkan kepada mangsa banjir sehingga keadaan kembali kepada asal. InsyaAllah 🙂