MEDIA PROJEK IQRA`

Aktiviti Sukarelawan : Forest Research Institute of Malaysia


LAPORAN AKTIVITI SUKARELAWAN
TARIKH : 11 APRIL 2015
TEMPAT : FRIM , KEPONG

Alhamdulillah , aktiviti bersama antara sukarelawan bakal menjadi aktiviti bulanan kami di mana sukarelawan Projek Iqra’ berkumpul dan beriadah bersama-sama. Semuanya bermula pada bulan Mac 2015 lepas dimana  aktiviti menawan dan mendaki Bukit Broga yang di ketuai oleh saudari Ain dan saudara Alif berjaya dilakukan bersama para sukarelawan.

combine alip ain

ALIEF & AIN

broga

DI PUNCAK BUKIT BROGA

broga2

SELEPAS PENDAKIAN BROGA

 

Untuk bulan April ini pula, aktivit bersukarelawan telah di jalankan di FRIM, Kepong. Seramai 16 orang sukarelawan telah hadir turut serta bersama-sama untuk aktiviti kali ini. Sukarelawan terdiri daripada sukarelawan kelas rakyat di beberapa lokasi yang telah dijalankan untuk tahun ini. Untuk mengetahui mengenai Kelas Rakyat 2015 boleh baca di sini KLIK.

Hajat kami untuk menaiki Canopy Walk disana tidak kesampaian kerana tiket sudah habis di tempah awal oleh pengunjung-pengunjung yang lain. Tetapi itu tidak menjadi halangan kepada kami untuk meneruskan misi kami meneroka hutan di FRIM tempoh hari. Semua sukarelawan menggunakan peluang ini untuk mengeluarkan peluh setelah 5 hari waktu bekerja. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas dan kita semua perlu aktiviti-aktivti seperti ini untuk mengeluarkan peluh 😉

Terima kasih sukarelawan-sukarelawan yang sanggup meluangkan masa di hari minggu mereka untuk bersama-sama kami 🙂

frim1

Dari kiri Azizah, Alief, KA, Afiqah, Ain, Dauz, Suhaimi, Zulaz, Fais, Zarul Arif, Siddiq, Sarah, Joe & Najeeb ( tiada dalam gambar)

Semoga ikatan persahabatan ini akan bertambah kukuh dan semangat  bersukarelawan akan terus mekar.

Untuk sertai kami dan menjadi sukarelawan kelas rakyat boleh masuk ke GROUP FB di bawah.

Rumah Attaqwa Putra Perdana Puchong – KLIK

Baitul Ehsan , Batu Caves Gombak – KLIK

Casa Harapan Kuantan – KLIK

PPR Seri Cempaka, Lembah Pantai – KLIK 

Kelas Laskar Pelangi Semarak, Nilai – KLIK

==================================================================================